You are here:

Syarat-syarat Pengedar

E-mail Print PDF

SYARAT‐SYARAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI TUDUNG MYZA

Permohonan adalah dibuka kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi  Pengedar Rasmi Tudung MYZA di pasaran Malaysia.

Pengedar akan di bahagikan kepada kategori dan jumlah pelaburan seperti dibawah ini :

BIL

KATEGORI PENGEDAR

JUMLAH PELABURAN

SYARAT LIPUTAN

KADAR  MARGIN KEUNTUNGAN

SYARAT STOK

1

Pengedar Negeri

RM20,000.00

Bertanggungjawab bagi edaran di dalam negeri yang telah ditetapkan. Menjadi pembekal kepada Pengedar Daerah

17 hingga 40 peratus  mengikut jenis tudung

Kadar pulangan stok ialah 20% jika tidak habis dijual dalam tempoh 35 hari.

2

Pengedar Daerah

RM10,000.00

Bertanggungjawab bagi edaran di dalam daerah yang telah ditetapkan. Menjadi Pengedar kepada peruncit dan pengedar kecil-kecil di dalam daerah yang sama.

12 hingga 30 peratus mengikut jenis tudung

Kadar pulangan stok ialah 10% jika tidak habis dijual dalam tempoh 35 hari.

3

Pengedar Mobile

RM5,000.00

Bebas menjual melalui saluran runcit dan internet.

8 hingga 10 peratus mengikut jenis tudung

Tiada pulangan stok jika tidak habis dijual


BEKALAN  STOK

  1. Pengedar akan menerima bekalan tudung bersamaan dengan jumlah pelaburan mengikut komposisi  jenis-jenis tudung yang dikeluarkan.
  2. Kuantiti bekalan tudung adalah berdasarkan kombinasi tudung mengikut jenis, corak dan jumlah harga bertepatan dengan jumlah yang dibayar.
  3. Bekalan tudung akan diterima selepas 10 hari dari tarikh bayaran penuh di buat.
  4. Kos Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja akan di tanggung oleh Myza Worldwide
  5. Kos Penghantaran ke tempat-tempat lain akan ditanggung sendiri oleh pengedar
  6. Bekalan stok juga boleh diambil sendiri di Yayasan Keusahawanan Sosial, No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
  7. Tiada sebarang penambahan caj atau rebat harga sekiranya bekalan stok diambil sendiri oleh Pengedar.
  8. Kombinasi rekabentuk (Design), corak dan warna tudung yang dibekalkan akan ditentukan oleh pihak Myza Worldwide.

HARGA JUALAN

  1. Pihak Myza Worldwide tidak akan memaparkan harga jualan dimana-mana laman web atau katalog.
  2. Pengedar boleh menentukan sendiri harga jualan.

PROMOSI

  1. Pihak Myza Worldwide dari masa kesemasa akan mengadakan promosi dan iklan di laman web, media cetak dan media elektronik.
  2. Pihak Pengedar berhak membuat promosi dan pengiklanan dengan kos mereka sendiri.
  3. Myza Worldwide boleh mengadakan promosi dan iklan bersama Pengedar dan perbincangan lanjut amat dialu-alukan.

PEMULANGAN  STOK

  1. Tudung-tudung yang tidak habis di jual selepas 35 hari boleh dipulangkan semula dalam keadaan baik pada kadar 10% - 20% mengikut kategori pengedar sahaja kecuali pakej pengedar kecil-kecilan.
  2. Gantian tudung yang tidak habis dijual adalah dalam bentuk tudung.
  3. Gantian dalam bentuk wang tunai tidak akan dibuat.

Saya bersetuju untuk menjadi Pengedar NEGERI / DAERAH / MOBILE seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan diatas.


Nama Penuh : ______________________________________________ No. KP : ________________

Alamat Penghantaran : ______________________________________________________________

Nombor Telefon Bimbit : _____________________ No. Telefon Rumah / Pejabat _______________

Alamat Email : _______________________________ Laman Web / Blog : _____________________

Bersama-sama ini diserta bayaran sebanyak : RM ___________________ untuk tujuan diatas.



Tandatangan Pengedar  : _____________________________    TARIKH : _______________________


(Muat turun borang ini disini)